Friday, July 23, 2010

Adakah kita mengerti dan faham apa yang kita ucapkan dalam solat??

Untuk dikongsi bersama :)

Maksud Bacaan didalam Solat

Fokus dan khusyuk didalam sembahyang hanya boleh dicapai jika kita faham akan maksud kalimah yang di baca, baik dimulut atau di dalam hati, disini saya sertakan maksud bacaan tersebut untuk rujukan saya sendiri dan juga untuk rakan-rakan, moga kita sentiasa diberkati Allah.. Amin

Kebiasaannya kita hanya membaca tanpa memahami apa yang sebenarnya yang kita ucapkan, Sama-samalah kita memahami dan mengetahui apa yang kita baca dalam solat. Jika kita memahami apa yang kita lafazkan, InsyaAllah kita akan lebih kusyuk dalam solat. Sebenarnya apa yang terkandung dalam ayat yang kita baca adalah ayat yang sentiasa memuji Allah dan Rasul serta meminta petunjuk daripada Allah.


Takbiratul-Ihram & Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas Engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, Ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang Ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Saturday, May 29, 2010

Pengakhiran sem..

Assalamua'laikum kepada semua sahabat, xkiralah yg mengenali diri ini secara langsung mahupun tidak langsung.. Rasenye memang lama jugak x update blog ni.. Kdg2 diri ni rase mls nk usik benda 2mcm ni.. Tapi xpela, hari ni tergerak dalam hati ni nk tulis serba sedikit dalam blog ni.. Pejam celik pejam celik, rupenya dah akhir sem!! Dah akhir sem??huhu Mcm x percaya, tapi tulah hakikatnya.. Oit cik abang, jgn bermimpi lagi.. Memang dah akhir sem la.. Tapi rasenye baru je melangkah masuk ke Politeknik Ungku Omar ni..huhu.. Cepatnye nk melangkah ke alam dewasa pulak..
Pabila dah sampai tahap mcm ni.. Tiba-tiba hati jadi sayu,sedih.. Pasni nk tinggalkan sahabat-sahabat.. Mungkin akan berjumpa lagi, tapi xkan sama seperti dahulu.. Mungkin akan berjumpa pabila diorang dah ada anak nanti ke...huhu.. xdpt nk dibayangkan..hehe mungkin.. Harapnya dapatla jumpe time Graduation nanti.. InsyaAllah.. :)/Time kahwin nanti ke.. Mudahan dipanjangkan umur.. Semoga persahabatan yang telah kita bina akan tetap berpanjangan.. InsyaAllah.. Alhamdulillah, hari tu sempat jugak pegi bersama rakan2 ke teluk senangin, percutian terakhir kami, tu je kenangan terakhir yang sempat kami lalui bersama, gembira+sedih.. :(



Inilah suasana di Teluk senangin..huhu
Indahnya ciptaan Allah..
Tapi xramai yang menikmatinya..
Ruginya..
Kadang-kadang kita perlu berseronok..
Tapi ada hadnye..
Apa yang kita buat mesti berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah..
Mudahan kita x lupe..
Dengan ini mengingatkan diri sendiri dan rakan2..
Kita masih memikul 1 tanggungjawab yang berat..
Kerana kita adalah Umat Islam!!
Walau apepun yang kita buat jangan lupa padaNYA..
Allah x pernah melupakan hambanya, tapi kita sering melupakanNya..
Saat kita diwujudkan, kita telah berjanji padaNYA..
Jgn kita lupa pada janji itu..
Ingat..

Ya Allah,
Teguhkanlah hati kami..
Seiringkanlah kami ke jalanMU..
Supaya kami mendapat keredhaanMU..
Kuatlah keimanan kami padaMU..
Ampunkanlah dosa kami, kedua ibu bapa kami, umat islam seluruhnya..
Matikanlah kami dalam keadaan kami beriman kepadaMU..

Amin..



Perjuangan akan tetap diteruskan..

Sunday, May 2, 2010

Bersua Kembali

Assalamua'lakum WBT diucapkan kepada semua teman-teman.. Rasenya lama jugak diri ini menyepi semenjak berakhirnya pernikahan kakak.. Disebabkan kekangan masa yang x dpt nak dielakkan, Study+Projek.. :).. InsyaAllah hari ni kita dapat bertemu kembali dalam blog yang saya ni :).. Sedang sibuk menyiapkan projek untuk dibentangkan pada hari Medspec politeknik ungku omar pada hari isnin bertarikh 2/5/2010 dan bertempat di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar.. Doakan semoga perjalanan majlis itu nanti akan berjalan dengan lancar. Semoga diri ini tidak gugup semasa pembentangan itu dijalankan.. Semoga apa yang diusahakan berjaya dilaksanakan.. Mungkin jika berkesempatan akan saya selitkan ruangan2 itu nanti :).. Salam Ukhwah

Mata oh Mata, Kenapa Engkau Liar?

www.iluvislam.com



Babak 1


Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?


Babak 2


Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala KCB.


Sop: eh, ada gadis mcam dalam KCB la...
Meon: Mana? Mana? Mana?
Sop: tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..
Meon: ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?


Babak 3


Sop dan Meon menyambung kembara cuti Easter mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.


Sop: astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! !
Meon: eh ye ke? yang mana satu? Yang skirt oren tu ke?
Sop: tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Meon: Ha ah la..betul lah cakap kau...




Ada apa dengan mata?


Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.


Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.


''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''


Allah berfirman;


"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." - [67:12]


Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gamabr gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya.. Kita bila lagi?


Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.


Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.

Thursday, March 11, 2010

Hari Perkahwinan Kakak

Pada 21/02/2010 telah berlangsung majlis perkahwinan kakak ku yang tersayang bertempat di Kg Tarun Ulu Beranang 71750 Lenggeng Negeri Sembilan.. X ku sangka hari nya sudah tiba bagi kakak ku merasai alam rumahtangga bersama suaminya.. :-).. Cinta Isteri kepada Suami adalah cinta yang sentiasa diredhai Allah.. Mudahan akan berkekalan ke akhir hayat.. Pantasnya masa berlalu.. Rasa mcm baru je kami membesar bersama.. Tapi, terasa diri ini pulak yang akan melangsungkan perkahwinan time tu..huhu perasan...hehe Rasa cemas jugak sebab kene mewalikan kakak sendiri.. First Time jugak tentang perkara ni..



Inilah pic time akad nikah dijalankan.. rase diri ni pulak yang takot..huhu
pengantin selamat diijabkabulkan dengan 2 kali lafaz.. Mase pengantin menjawab lafaz yang pertama tu cam tersasul sikit pengantin nk menjawab.. so kenela ulang lagi sekali, tapi saya cool je...hehe

Dibawah ini ada beberapa sisipan gambar untuk rakan-rakan melihat perjalanan majlis yang penuh bermakna bagi keluarga kami ini... :-)


















Friday, March 5, 2010

Untuk tatapan kaum Hawa & Adam

"Abang, minta izin untuk nikah seorang
lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu..

Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak..

Adakah dialog tadi didengari dilafazkan di dalam TV, kerana TV juga sedang
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk,
mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang..

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang..Segelas air sejuk diteguk perlahan..

Kemudian dia ke bilik Balqis,Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya
kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian
beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si
kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.

Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan
2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin
Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap
untuk ke pejabat.

Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan
permintaan abang. Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu,"

Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan
seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh
hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia
bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan
isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.

Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah
sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman
daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan
isteri abang," terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut
dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?"

"Takutlah Qis, silap haribulan dia
bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu
orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi.

Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.

Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang
dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya..

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.

Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
buzz buzz... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan
terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu
jadikan diri Qis sehebatnya untuk
bersama abang,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul
besar.


Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...



Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul
berwarna cokelat yang hampir

saiz

dengan A4 itu dibuka perlahan.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang
tercinta, moga redhaNya sentiasa

mengiringi jejak langkahmu.


abang yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima

kasih kerana abang membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu

cantik.

Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model,
dia memang mengalahkan Aliyah

yang

sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-
bajunya memang mengikut peredaran

zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang.
Aliyah tak sanggup abang diheret ke

neraka kerana menanggung dosa.
Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih

belum termampu untuk dijawab di
akhirat sana , apatah lagi abang nak

menggalas dosa orang lain. Aliyah
sayangkan abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak.
Memang pandai dia masak, apatah

lagi

western food. Tapi, Aliyah sayangkan
abang. Aliyah tahu selera abang hanya

pada lauk pauk kampung. Tapi tak
tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera

abang sudah berubah. Tapi, Aliyah
masih ingat lagi, masa kita sekeluarga

singgah di sebuah restoran western
food, abang muntahkan semua makanan

western food tu. Lagi satu, anak-anak
kita semuanya ikut selera ayah

mereka. kasihan nanti, tak makan lah
pula anak-anak kita. Aliyah

sayangkan

abang...

3. aliyah ada mengajak dia solat
berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.

Aliyah

minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia
akan menjadi ibu pada zuriat abang

yang lahir, jadinya Aliyah harapkan
dia mampu untuk mengajar anak-anak

abang nanti untuk menjadi imam dan
imamah yang beriman. Tapi, kalau dia

sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyah sayangkan abang...



abang yang disayangi,

cukuplah rasanya penilaian Aliyah.
Kalau diungkap satu persatu, Aliyah

tak terdaya. abang lebih memahaminya.
Ini penilaian selama 1 hari, abang

mungkin dapat membuat penilaian yang
jauh lebih baik memandangkan abang

mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.



abang yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang
keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah

tandatangan. Juga sekeping tiket
penerbangan MAS ke Sarawak.Jika

munajat

abang di Masjid Putra mengiayakan
tindakan abang ini, ambillah borang
ini,

isi dan pergilah kepada Qistina. Oh
ya, lupa nak cakap, Qistina telah

berada di sawarak. Menunggu
abang...Aliyah sayangkan abang...



Tetapi jika abang merasakan Qistina
masih belum cukup hebat untuk

dijadikan

isteri abang, pergilah cari wanita
yang setanding dengan Aliyah... Aliyah

sayangkan abang.



Tetapi, jika abang merasakan Aliyah
adalah isteri yang hebat untuk abang..

tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang,

roti canai..air tangan Aliyah.



Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery



Tangannya pantas membuka pintu
biliknya. Di situ berdiri Aliyah
Najihah

bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!



Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!!!!"

Sunday, February 28, 2010

Dialog Pelajar ditangkap khalwat oleh Ustaz.

Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Kisah ini benar atau tidak,wallahualam. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.



Pelajar: Kami tidak berzina!



Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awakberzina tetapi awak menghampiri zina.



Pelajar: Kami hanya berbual-bual,berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?



Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.



Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasullullah S. A. W.: Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani) . Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untukmenghadapi tipu daya iblis.



Pelajar: Tidak semestinya semua orangbercinta menjurus kepada penzinaan.Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!



Ustaz: Betul. Itu adalah salah satuyang dimaksudkan dengan menghampirizina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora.Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?



Pelajar: Takkan nak berbual-bual puntak boleh? Itu pun zina juga ke?Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan ), ada zina mata (melihat kekasihnya denganperasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S. A. W.: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ketempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim danAbu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan



Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!



Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke?Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yangberilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?



Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.



Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai- ramai sedikit.Kalau duduk berdua-dua macam ini..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!



Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.



Ustaz: Baik sungguh awak berdua.Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.



Pelajar: Kami sama-sama belajar, studygroup, saling memberi semangat dan motivasi.



Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yangboleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmatpula.



Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?



Ustaz: Naluri adalah sebahagiandaripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Manusia tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat!kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.



Pelajar : Tentu ada cinta secara Islam



Ustaz: Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus.Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yanglebih baik iaitu perkahwinan. SabdaRasulullah S. A. W.: Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Ibni Majah)Cinta adalah maruah manusia. Iaterlalu mulia.



Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?



Ustaz: Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik.Kemudian perasaan dilayan. Kemudianteringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua.Kemudian mencari tempat sunyi sedikit.Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,sekarang macam pengantin baru.Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan.Kasihanilah diri dan ibu bapa yangmelahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!



Pelajar: Masih ramai orang yangbercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.



Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.



Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?



Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa,jangan hampiri pokok Khuldi. FirmanAllah S.W.T.: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim (Al-A'araf: ayat 19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah,takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaanjuga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.



Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.



Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik.Penyayang, penyabar, pemurah dan lbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta.Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam.Tapi bila dah kahwin, lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai.Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.



Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaanj ika tidak mendapat redha Allah?Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih.Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya.Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainyatidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cintayang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?



Pelajar: Tanya sikit adik angkat,kakak angkat, abang angkat boleh ke?ganti bercinta.



Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik,abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan.Manusia yang terlibat dalam budaya "angkat" ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.



Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?



Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.



Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orangyang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik;dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yangberzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah an-Nur: Ayat 3). Jadi orang yangpernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.



Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?



Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.



Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.



Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta?Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu,sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.



Pelajar: Jadi perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?



Ustaz: Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang 'secondhand' sedangkan barang baru masih ada.Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta di show room;display only. Tapi ada yang boleh testdrive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas air sirap bandung, bawalah ke hulu, kehilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.



Pelajar: Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?



Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S. W.T.: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinyadaripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzab: ayat 35)



Pelajar: Bagaimana kami?



Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.



Pelajar: Kami ingin mendapat redhaTuhan. Tunjukkan bagaimana taubatnasuha.



Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yangsebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi3 syarat:



1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini

2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.

3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijap Kabul.



Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau MahaPengampun dan Maha Penerima Taubat.Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan bencikepada maksiat. Hiasilah diriku denganakhlak yang mulia.Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa.Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu.



Pelajar: Kita berpisah kerana Allah.Kalau ada jodoh tidak ke mana.



Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.



Bersamalah kita merenung sejenak apa yang telah diungkapkan didalam dialog ini. Kita adalah manusia yang tidak akan lari dari membuat kesilapan. Bersamalah kita memperbaiki kelemahan diri. kuatkan keimanan. Jauhi zina. Kerana itu adalah musuh yang nyata pada diri manusia. InsyaAllah dengan apa yang kita baca dapat mengubah diri ini ke arah yang lebih baik. Semoga diri kita sentiasa dalam keredhaan Allah. InsyaAllah